Pages

Saturday, January 29, 2011

masa SANGAT Pantas berlaLU!




Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk aku pergi ke sekolah untuk menjalankan sesi praktikum fasa III. Tapi.... aku masih belum bersedia untuk mengharungi paraktikum selama 3 bulan. Semester ini adalah semester yang pendek untuk kami berada di institut iaitu selama sebulan lebih je.. yg selebihnya adalah di sekolah. Selain itu, aku juga perlu membuat beberapa projek di sekolah dan yang paling penting tugasan untuk subjek bimbingan dan kaunseling (EDU 3107)perlu dihantar kepada lecturer pada pertengahan bulan 2. Apa yang sangat membuatkan aku terharu adalah, ketika rakan2 junior semua bercuti sempena tahun baru cina selama satu minggu, kami terpaksa mengikut jadual sekolah di mana aku dan rakanku hanya akan bercuti mulai hari rabu. aku agak terasa di sini dan sungguh terasa lagi teresak - esak kata2 menahan kesedihan. selepas ini aku hanya akan mengupdate blog apabila ada masa lapang yang panjang seperti hari ini. Hampir seminggu aku tidak mengupdate blog kerana agak sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan sebelum keluar praktikum. Antara tugasan yang paling famous adalah folio pembelajaran untuk MQA.. Sungguh best dan seronok. Nak korek balik bahan - bahan tahun lepas der. Ingat senang ke.. kadang2 tido sejam je.. pukul 6 pagi tido, pukul 7 pagi bangun.. tu lah rutin sepanjang seminggu yang lepas. Tapi x pe! itu semua tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Dlu ustaz kat asrama mase sekolah menengah selalu ingatkan... aku masih ingat sampai sekarang sbb dia slalu cakap.. BUAT APA YANG DISURUH, TINGGALKAN APA YANG DILARANG.. klo x.. kene la sebat kat punggung dengan rotan sebesar ibu jari kakiku...Sebelum ak mengakhiri warkah yang pilu ini, ak ingin mengucapkan selamat berpraktikum kepada semua sahabat handai unit F. Semoga mendapat idea yang terbaik untuk diambil sebagai tajuk penyelidikan tindakan. SEmoga juga anda mendapat praktikum yang cemerlang InsyaALLAH.. Tidak lupa juga kepada sahabat - sahabat handai yang bercuti dan pulang ke kampung, gunakanlah cuti ini dengan penuh bermakna dan jangan disia - siakan.. Semoga selamat sampai ke kampung halaman.. InsyaALLAH.. dan Akhir kata.. aku habis praktikum pun dah nk exam.. dah nak cuti pertengahan tahun dah.. oleh itu jumpa lagi SEMESTER DEPAN! sem last.. last.. insyaALLAH dengan izin NYA..

Saturday, January 22, 2011

Aku Peminat yg Setia!


Aku suke makan capati. Betul ke capati mempunyai kalori yg rendah sedikit dari nasi? Sebanyak 40 gram beras menghasilkan satu cawan nasi iaitu 138 kcal kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kcal kalori. x byk beza pun... lebih kurang je... tetapi harus diingat bahawa, bila kite makan nasi, kita mesti ade tambah lauk pauk. Lauk pauk tersebut akan menambahkan lagi kalori. berbanding capati, kite cume pilih je nk mkn dgn kuah ap.... amik la kuah kari tanpa santan sbb kurang kari tanpa santan rendah kalorinya.. Oleh kerana capati diperbuat daripada tepung atta, maka ia lebih mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara dasarnya, setiap hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3 gram protein serta sedikit lemak. Bagi penghidap penyakit kencing manis yang tidak boleh makan nasi, capati merupakan makanan alternatif yang menyihatkan. (NHAH)

Friday, January 21, 2011

PaDaN muKe Akuh!


Al kisahhhhhhhhhh... tersebutlah kisah seorang insan yang seperti kebiasaan setiap petang kalau x hujan, aku akan ke IPG untuk bersukan. Macam biase aku akan bermain bersungguh - sungguh sehingga lupa daratan. Selalunya ayat nie la yang selalu timbul kat kepala ak sebab abah selalu cakap " kalau belajar, belajar betul2.. kalau beribadah buat dengan bersungguh - sungguh, kalau makan, makanlah dengan bersungguh2, kalau berborak, boraklah dengan bersungguh2 dannnnnnnnn kalau bermain- mainlah dengan bersungguh... So.. aku pun mainla dengan bersungguh - sungguh.. apabila sampai di IPG, aku terus masuk court takraw dan terus main tanpa memanaskan badan.. bagai orang yang baru jumpe takraw seperti baru je kuar hutan.. trus ak memulakan permainan tanpa menghiraukan yang diri aku belum lagi panas.. Tiba2........ lompat punye lompat.... kaki aku berbunyi.... x tau nk ckp mcm mane... fobia rasenyer... trus aku jatuh ke bumi ibarat seorang pendekar terkena letupan bom... lalu ak bangun dan truskan bermain mcm x de ap2... tiba2... jeng jeng jeng! kaki aku susah nak angkat... trase sakit jugak.. tp buat2 x sakit sbb aku rase diri aku seperti seorang pendekar yang kuat! lepas tamat game, aku trus duduk atas krusi dan semakin lame semakin sakit rasenyer... aaaaaaaahhhhhhhhhh!!!! aku x peduli! aku trus bermain tali skipping.. tapi, semakin lama semakin sakit... buat2 x sakit sudah... aku merisaukan keadaan ini kerana dengarnya ade perlawanan futsal minggu depan.. aku tkut x sempat recover... ahhhhhhhhh!!! padan muke akuh! kan dah jatuh!.. aku nak gelak puas69x.... kesian saje dari aku.. nk rehat sekejap sebelum pergi makan CAPATI!!!!!! mamamamakkkkkkkkkkk... capppppaaaaaaaatttttiiiiiiiii....onne! (NHAH)

Tuesday, January 18, 2011

dalam kelas kajian tindakan 2 hingga 5 pm

assalamualaikum wbt.. disebabkan kuliah atau bengkel yang terlalu lama, aku merasa sgt tidak tenteram seh... dah rase mengantuk pon ade der.. sekarang baru pukul 4, ad lagi sejam lg.. dengan secara jujur aku berkata2, aku hnye boleh memberi perhatian selama 2 jam je.. pahtu... dh mule borak2.. sebab dah penat seharian kelas... dahsyat sgguh.. penyelidikan tindakan bukan la satu mate pelajaran yang senang, tetapi ia memerlukan pemahaman yang mendalam sebelum kita mula untuk membuat kertas kerja.. mau x mau kene la ikut jugak.. praktikum dah x lama lg tinggal seminggu ja nak start.. 3 bulan x de kat maktab.. so susah sikit la utk membuat perbincangan dgn lecturer..so langkah awal adalah utk memahami penyelidikan tindakan dengan bersungguh2..sampai di sini sahaja warkah saya.. izinkan saya mengundur diri..smoga berjumpa lagi...(NHAH)

Sunday, January 16, 2011

Sedih giler!


Selama ini aku penat menaip, mengopy, menyimpan dan byk lg.. tetapi akhirnye berderai begitu shj.. aku berasa sangat sedih.. segala penat lelah menyiapkan tugasan termasuk tutorial, pembentangan dan ISL menjadi sia - sia.. ini disebabkan laptop yg tibe2 menjadi blue screen seperti di bawah ini...


lepas dah jadi mcm nie.. berderau darah sebab semue assignment dari mule2 msuk mktb dulu sampai sekarang lebur mcm tu je... x pe la.. biarkn lah ia berlalu.. bru je beli dah buat hal.. lantak lah.. tp kadg2 ade rase rugi plak.. sebab sume nota, assignmen dan mcm2 lg untuk 9 sem hilang mcm tu... 
k lah nk pegi smbung mlayan kesedihan.. (NHAH)..

Wednesday, January 12, 2011

12012011

HUH! Kajian tindakan..  dahsyat sungguh bunyinya.. tp.. memang dahsyat.. Pada praktikum kali ini, kami dikehendaki untuk membuat kertas kerja atau proposal untuk kajian tindakan. Untuk memahami apa bende kajian tindakan ini, beberapa nota, buku dan journal perlu dibace untuk memahami apa dia sebenarnye kajian tindakan itu supaya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Di sekolah, tajuk untuk kajian tindakan perlu dipilih atau telah dipilih lebih awal supaya mudah untuk membuat kertas kerja.  Jadi ini saja utk kali nie.. (NHAH)

Tuesday, January 11, 2011

Praktikum III

Sekarang dah hampir di pertengahan bulan 1. Ini bermaksud praktikum siri ke3 hampir bermula. Byak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pergi ke sekolah. Bila tgok balik pada takwim untuk sem ke tujuh ni, rupa - rupanya kami cuma ade 5 minggu interaksi kuliah dan yang selebihnya untuk minggu praktikum dan minggu peperiksaan. Kali ini entah apa pulak yang akan terjadi di sekolah kerana tempoh tiga bulan adalah satu tempoh yang panjang. tapi ini adalah praktikum yang terakhir.. Ini saje wat mase ni.. sekian... (NHAH)

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU 2011


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan dan taulan. Semoga dapat menjadikan tahun ini lebih baik dan bermakna dari tahun sebelumnya. Semestinya setiap orang mempunyai azam tahun baru atau setidak - tidaknya masih mencuba untuk mencapai hasrat 2010 yang masih belum tercapai. 




Saya juga mempunyai azam untuk tahun baru ini iaitu berazam untuk mencapai azam tahun 2010 yang masih belum tercapai. Azam 2010 saya adalah untuk mencapai azam 2009 yang msih belum tercapai kerana terdapat masalah teknikal. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun baru 2011 kepada kalian semua. tidak kira siapa anda yang penting adalah kita bersatu padu.