Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk aku pergi ke sekolah untuk menjalankan sesi praktikum fasa III. Tapi.... aku masih belum bersedia untuk mengharungi paraktikum selama 3 bulan. Semester ini adalah semester yang pendek untuk kami berada di institut iaitu selama sebulan lebih je.. yg selebihnya adalah di sekolah. Selain itu, aku juga perlu membuat beberapa projek di sekolah dan yang paling penting tugasan untuk subjek bimbingan dan kaunseling (EDU 3107)perlu dihantar kepada lecturer pada pertengahan bulan 2. Apa yang sangat membuatkan aku terharu adalah, ketika rakan2 junior semua bercuti sempena tahun baru cina selama satu minggu, kami terpaksa mengikut jadual sekolah di mana aku dan rakanku hanya akan bercuti mulai hari rabu. aku agak terasa di sini dan sungguh terasa lagi teresak - esak kata2 menahan kesedihan. selepas ini aku hanya akan mengupdate blog apabila ada masa lapang yang panjang seperti hari ini. Hampir seminggu aku tidak mengupdate blog kerana agak sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan sebelum keluar praktikum. Antara tugasan yang paling famous adalah folio pembelajaran untuk MQA.. Sungguh best dan seronok. Nak korek balik bahan - bahan tahun lepas der. Ingat senang ke.. kadang2 tido sejam je.. pukul 6 pagi tido, pukul 7 pagi bangun.. tu lah rutin sepanjang seminggu yang lepas. Tapi x pe! itu semua tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Dlu ustaz kat asrama mase sekolah menengah selalu ingatkan... aku masih ingat sampai sekarang sbb dia slalu cakap.. BUAT APA YANG DISURUH, TINGGALKAN APA YANG DILARANG.. klo x.. kene la sebat kat punggung dengan rotan sebesar ibu jari kakiku...Sebelum ak mengakhiri warkah yang pilu ini, ak ingin mengucapkan selamat berpraktikum kepada semua sahabat handai unit F. Semoga mendapat idea yang terbaik untuk diambil sebagai tajuk penyelidikan tindakan. SEmoga juga anda mendapat praktikum yang cemerlang InsyaALLAH.. Tidak lupa juga kepada sahabat - sahabat handai yang bercuti dan pulang ke kampung, gunakanlah cuti ini dengan penuh bermakna dan jangan disia - siakan.. Semoga selamat sampai ke kampung halaman.. InsyaALLAH.. dan Akhir kata.. aku habis praktikum pun dah nk exam.. dah nak cuti pertengahan tahun dah.. oleh itu jumpa lagi SEMESTER DEPAN! sem last.. last.. insyaALLAH dengan izin NYA..
Saturday, January 29, 2011
Saturday, January 22, 2011
Aku Peminat yg Setia!
Aku suke makan capati. Betul ke capati mempunyai kalori yg rendah sedikit dari nasi? Sebanyak 40 gram beras menghasilkan satu cawan nasi iaitu 138 kcal kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kcal kalori. x byk beza pun... lebih kurang je... tetapi harus diingat bahawa, bila kite makan nasi, kita mesti ade tambah lauk pauk. Lauk pauk tersebut akan menambahkan lagi kalori. berbanding capati, kite cume pilih je nk mkn dgn kuah ap.... amik la kuah kari tanpa santan sbb kurang kari tanpa santan rendah kalorinya.. Oleh kerana capati diperbuat daripada tepung atta, maka ia lebih mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara dasarnya, setiap hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3 gram protein serta sedikit lemak. Bagi penghidap penyakit kencing manis yang tidak boleh makan nasi, capati merupakan makanan alternatif yang menyihatkan. (NHAH)
Friday, January 21, 2011
PaDaN muKe Akuh!
Subscribe to:
Posts (Atom)