- Suatu aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil,
- Setiap kumpulan kecil biasanya mengandungi seorang pengerusi, seorang pelapor dan beberapa orang ahli.
- Sesi buzz biasanya dimulakan selepas guru mengajar sesuatu pelajaran.
- Murid akan membincangkan topik yang diberikan oleh guru dalam sesi buzz,
- Dalam proses perbincangan, ahli kumpulan digalakkan menyumbangkan idea / pendapat berkaitan dengan topik yang diberikan,
- Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan kecil itu,
- Selepas perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula dalam kumpulan besar untuk mengadakan satu perbincangan am,
- Murid-murid akan membentangkan pendapat kumpulan masing-masing,
- Pendapat-pendapat diselaraskan dan dipersetujui akan dikemukakan kepada guru yang akan membuat rumusan dipapan putih untuk catatan murid,
Saturday, March 26, 2011
SESI BUZZ
Friday, March 25, 2011
selesai diobserve tp...
Pagi tadi lebih kurang 11.10 pg aku telah diobserved.. begitu teruja nya aku utk masuk ke dalam kelas.. bersama2 abm dan bbm yg diangkut dgn gagahnya.. haha.. tp.. sebelum tue.. ak mempunyai masalh dgn bbm aku.. lecturer berkate pade ak.. hazizi.. nie adalah cara tradisional.. klo boleh awak tukar dari penulisan ni kepada teknik visual..
Beliau bagi aku pikir sementara mengobserve hairi selama sejam.. aku ada tempoh sejam ja utk fikir.. lalu dgn selamba aku berfikir sambil berjalan ke kantin sekolah (dgn harapan dapat fikir mase makan).. tp sebaliknya berlaku.. ramai cikgu dalam tu.. so.. mmg dh jadi hobi ak utk berborak.. jadi berborak la dgn mereka.. habih bende tadi ak x pk langsung! borak pasal harge getah dgn kelape sawit.. harge tanah pon ad jgk.. ak ad la sikit2 ilmu ttg bende nie sbb ak org kg.. tau la sikit2...
yg ak terjut di sini adalah ad org nk jual tanah 4 ekar dgn harge RM 65,000.00.. wow! murah giler bakkkk! (walaupon dalam ekaun ak dah nyawe2 ikan.. nmpknye kene wat keje part time nie)...pahtu ak ckp kat depa.. tmpt saye setengah ekar RM 250,000.00.. jauhnyer beza.. mmg berbeza sbb umah aku dkt ja dgn KLIA dan tempat2 kat situ mmg hndk dbgunkn.. setengah ekar boleh wat ap.. nk buat stesen minyak pon kene minimum satu ekar.. klo krg satu ekar mmg x boleh..
Ad cikgu tu skrg tgh masyuk sbb harge kelape sawit dh naik.. mmg best la dia.. lepas nie sape nak jual tanah bgtau kat ak.. tp dlm tempoh setahun lg la.. sbb ak nk kumpul tanah byk2 dlu.. pastu bru pk bende la.. haha! so.. lame jgk la berborak leka hampir terlupa ak dh nk diobserved kejap lg.. ak terpakse meminta diri.. berundur la kirenye tu.. mmg ak slalu mengundur diri dlm segala hal.. mmg buat hal.. pasal yg lecturer suh pk td... ak dh dpt dh.. tp nk wat mcm mane sbb mase dh singkat.. so.. aku truskn je la...
Ak ade merancang sesuatu dgn student ak.. tp cume sebahagian je... aku suruh budak2 pegi bukak lampu kelas walaupon mase tu hari trg benderang.. sbb ak nk ajar topik penjimatan tenaga.. so masuk2 kelas ak sound depa.. kenape kamu bukak lampu siang2 mcm nie?? kate nk jimatkan tenaga!!! dgn selambe murid ak jwb... cikgu yg suruh tadi... hadoi!!!! kantoi aku dgn pensyarah td... tp beliau senyum ja..
Pas tu byk la teguran yg membina dari pensyarah sebelum sesi sekolah berakhir.. bgus murid2 ak x pndai menipu! ok stakat nie ja.. besok sekolah ade koko.. so besok sekolah la... 8 am - 12.30 pm.. sronoknyer... mmg best!
SUMBANGSARAN
- Salah satu kaedah penyelesaian masalah
- Juga dikenali sebagai pecambahan fikiran tentang sesuatu topik,
- Ahli kumpulan memberi pendapat/idea terhadap sesuatu topik perbincangan,
- Sesi buzz boleh digunakan untuk mendapatkan idea yang boleh menyelesaikan masalah,
- Guru mengemukakan satu/beberap topik perbincangan berbentuk soalan bermasalah,
- Guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan,
- Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (6-10 orang)
- Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan,
- Semua ahli digalakkan menyumbangkan idea / pendapat berkaitan dengan topik tersebut oleh pengerusi kumpulan,
- Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan kecil itu,
- Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula bagi mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan yang dikemukakan.
- Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat keputusan/rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)