Pages

Wednesday, January 4, 2012

Sambungan.. 24072006






Semasa di rumah x tau ap nak buat, jadi sambung semula ceritera 24/7/2006.. kenangan terpalit dikala duduk berseorang menunggu giliran untuk mendaftar. Ketika itu tutor bernama miss Ho wen jye.. Ruangan pendaftaran terbahagi kepada 5 unit kerana unit F hanye ad 5 kelas. F1 utk prasekolah, F2 pengajian Cina, F3 matematik, F4 pendidikan Jasmani dan akhir sekali kelas yang aku duduki iaitu F5.. Semasa menunggu giliran sempat juga berkenalan dengan rakan2. Pada masa itu aku hanya duduk diam dan termenung, samaada adakah benar aku ingin menjadi seorang guru? Aku mendalami perasaan dilubuk hati yang mendalam tanpa sebarang ragu. Ini kerana cita- cita ak adlh untuk menjadi seorang doktor gigi.

Aku tiada masalah semasa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Cuma ak bermasalah dengan rakan2 setutor ku.. kerana mereka semua adlh top2 student semasa di sekolah menengah dengan kebanyakkan mereka mendapat 9A dan ke atas, sedangkan ak hanya mendapat 2A. Aku x kesah apa orang nak kate, yang penting ak jadi diri sendiri tanpa pengaruh orang laen.. Pernah suatu ketika, test untuk subjek biologi ak telah mendapat markah tertinggi di dalam kelas tutor berkenaan.. Seorang budak yg sombong telah berkate pada ak, weh ko 2 A pun boleh dapat markah tinggi ke? ke kau tiru orang tak pon ko bawak nota masuk perikse.. Ak tergamam dan terkejut.. Ak tak sangke ad jgk yang sggup kate mcm tu kat ak.. x pe, itu rezeki ko mase ko spm dlu.. Ak x kisah.. yg penting ak nak jadi ap yang ak impikan..

Ak igt lagi sampai sekarang.. ye.. ak tau ak bodoh.. tapi ko x pernah tgok betapa ak struggle nak capai cite2 ak.. secara jujurnye, kat matrikulasi ak ad 3 orang kawan.. pada asalnye 5 orang, tp yang dua orang kawan sejak duduk diasrama telah keluar dari kolej matrikulasi untuk pergi ke rusia mendapat tajaan biasiswa dalam bidang perubatan. Aku terasa kehilgan kerane mereka berdua ak aggap seperti tutor ak untuk betanyakan soalan mengenai akademik.. Kami slalu study bersama, makan bersama dan kebanyakkan aktiviti kami lakukan bersama. Tahniah utk mereka berdua..

Ketika ak belajar di kolej matrikulasi, ak masih tringat semasa mula2 meyemak keputusan temuduga untuk masuk ke IPG, ak telah gagal dalam temuduga tersebut. Lalu ak membuat rayuan dengan arahan bapak aku. Aku turutkan sahaja kata - katanya. pada 21 Julai 2006, ak telah menyemak untuk keputusan rayuan maktab, akhirnya ak telah berjaya ditempatkan di Institut Perguruan Ipoh (IPG kampus Ipoh).. Berdebar jantung ak hanya Tuhan yang tahu, kerana tarikh pendaftaran adalah 24 Julai 2006.. Ak menelefon ayahanda kesayangan utk memberi tahu pada pukul 1.45 (selepas zohor).. Abah bagi ak tempoh untuk berfikir sampai pukul 4.00 petang.. sama ada ak setuju atau tidak.. Akhirnyer aku pasrah dan trpaksa melupakan hasrat untuk menjadi seorang doktor gigi yg merupakan cite2 ak sejak ak kecik lg.. (sebab 2 ak jage gigi aku cantik2 sbb nk tunjuk contoh kat orang doktor gig, giginye hendaklah cantik tersusun dan teratur.. mcm x de kene mengene).. 

p/s-----> Bagaimane ak bleh tibe2 plak tukar bidang nk jadi cikgu sedangkan cite2 ak nak jadi doktor gigi?

Oke.. tggu plak episod seterusnyer.. bersambung..

2 katakata: